Monday 25 November 2013

Dua pengguna Facebok anggap Johor cuti Jumaat dan Sabtu satu keputusan yang amat bodoh

Posted By: TTO Admin - 25.11.13

Status yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook mengenai Cuti Johor yang ditukar pada jumaat dan sabtu telah tersebar di aplikasi whatsapp dan laman sosial yang lain.

Bukanlah status tersebut yang menjadi pertikaian. Namun komen yang diberikan oleh kedua-dua pengguna FB ini menimbulkan rasa kurang senang ramai orang kerana dianggap menghina keputusan Sultan Johor.

Paul John Vincent dan Amuthan Amu dalam komen Facebook menganggap keputusan Sultan menitahkan cuti Johor ditukar Jumaat dan Sabtu adalah keputusan yang sangat bodoh dan tidak demokrasi!

Bagaimanapun, status dan komen mereka berdua telah dipadam setelah menyedari perkara tersebut tersebar secara meluas. Mungkin ramai lagi yang tidak berpuas hati tetapi tidak melakukan perkara bodoh mempertikaikan secara terang-terangan di Facebook. Apa kata anda mengenai isu ini?



KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab