Wednesday 20 November 2013

Ketua ajaran sesat "Tuhan Harun" berjaya diberkas bersama dua orang isteri

Posted By: TTO Admin - 20.11.13


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Polis menahan ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor hari ini.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 3.30 petang oleh sepasukan polis yang memburunya bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmaf Raffli Abdul Malik pada 10 November lalu.

Menurut sumber, turut diberkas dalam serbuan itu ialah dua orang isteri Tuhan Harun iaitu Nor Hairi Harun, 40, dan Harun Azida Mohd. Zol, 30.

“Tuhan Harun diberkas sepasukan polis yang berjaya menjejakinya selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya setelah gagal menghadirkan diri ke mahkamah atas tuduhan mengamalkan ajaran sesat dan menghina Islam dengan mengaku sebagai tuhan," kata sumber itu. - Utusan

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab