Friday 22 November 2013

Dakwa dipukau, pemuda hilang bersama kereta dijumpai di rumah nenek

Posted By: TTO Admin - 22.11.13


Pemuda yang dilaporkan hilang bersama kereta jenis Subaru XV yang dinaiki bersama ibu bapanya di sebuah stesen minyak selepas Plaza Tol Bukit Jelutong, di sini malam tadi ditemui dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, Iskandar Zulkarnain Borhan,25, tidak dapat menceritakan semula detik dia dilaporkan 'hilang', dipercayai akibat dipukau.

Dalam kejadian pukul 7 malam tadi, mangsa dikatakan sedang tidur di bahagian belakang kereta jenis Subaru XV itu apabila ibu bapanya, Abdul Malik Abdul Latiff dan Roswati Rahmat keluar untuk pergi ke tandas stesen minyak berkenaan.

Menurut abang ipar mangsa, Muhd. Hanifi Muhd. Bazil, 29, kereta Subaru mentuanya di temui di rumah nenek mereka di Subang Jaya kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Iskandar yang ditemui di rumah neneknyadilaporkan memandu kenderaan pacuan empat roda, SSangyong Rexton milik mentuanya yang sebelum itu dikatakan berada di kediaman keluarga mereka di Sungai Buloh - Utusan

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab