Sunday 9 March 2014

Dua penumpang MISTERI dikhuatiri punca #MH370 terhempas!

Posted By: TTO Admin - 9.3.14
Setelah 24 jam berlalu, tidak ada satu pun petanda akan penemuan bangkai kapal terbang MH370 milik Malaysia Airlines System yang terputus hubungan semalam. Kini para pakar sepakat bahawa pesawat tersebut telah terhempas berikutan bekalan bahan bakar kapal itu hanya mampu bertahan selama beberapa jam sahaja.


Walaubagaimanapun, para pakar penerbangan tetap optimis dan berharap agar kapal tersebut dapat dikesan seterusnya memberikan bantuan perubatan kepada mangsa yang terselamat.

Namun, senario buruk mungkin berlaku berikutan terbongkarnya penemuan dua penumpang misteri yang menaiki kapal MH370 dengan menggunakan passport palsu.

Melalui laporan portal mStar, seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.

Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut.Dia bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.

Pegawai Kementerian Luar Itali, yang tidak mahu dikenali, mengesahkan Maraldi membuat laporan mengenai pasportnya dicuri pada Ogos tahun lalu.

Menurut sebuah akhbar Itali, La Repubblica, Maraldi pulang ke negaranya selepas pasportnya dicuri dan telah dikeluarkan pasport yang baharu.

Sebaik sahaja mendapat berita mengenai pesawat yang hilang, pegawai kementerian pergi ke rumah ibu bapa Maraldi untuk memaklumkan mengenai perkara itu tetapi sebaliknya diberitahu bahawa anak lelaki mereka masih hidup dan berada di Thailand, dan telah menghubungi ibu bapanya bagi memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik.

"Saya baik, saya tidak menaiki penerbangan itu," kata Maraldi kepada ibu bapanya.

Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.

Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel "selamat dan berada dalam keadaan baik. "
Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.

Justeru, identiti dua penumpang ini menjadi tanda tanya yang cukup besar dan dikhuatiri menjadi punca pesawat MH370 hilang tanpa sebarang panggilan kecemasan!

Beberapa pakar cuba menyelesaikan "puzzled" kehilangan pesawat MH370. Namun, pendapat daripada David Learmount memberi kerisauan kepada semua pihak apabila menimbulkan spekulasi terdapat BOM di dalam kapal itu!

Adakah pendedahan dua penumpang misteri itu berkait rapat dengan pendapat David Learmount? Semuanya akan terjawab dengan penemuan bangkai pesawat itu kelak. -TTO (Kredit:mStar)

Baca lagi: 
1) Punca kemalangan Insiden Pesawat MH370 didedahkan penyiasat terkenal!
2) "Perkara paling buruk mungkin telah berlaku" Pakar
3) "Luar biasa tiada panggilan kecemasan, kecuali ada BOM dalam kapal" - Pakar Penerbangan

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab