Saturday 15 March 2014

Laman Web "Bomoh Gadjet" jual Tikar Terbang RM99,900.00

Posted By: TTO Admin - 15.3.14

Tidak cukup dengan gambar dan video parodi, satu laman web menjual alatan Raja Bomoh pula telah dibuka.  Website dengan domain "http://www.bomohgadgets.sto.my" menjual pelbagai peralatan yang digunakan oleh kumpulan bomoh di KLIA seperti Bubu Ikan, Bambu dan Buah Kelapa.

Harga yang diletak pada setiap item tidak kurang mahalnya. Namun apa yang menarik minat kami ialah harga Tikar Terbang yang mencecah RM99,900.00!

"Gadjet Bomoh ini mampu menolong anda mencari benda ghaib dan mengusir roh jahat. Nota: Gadjet ini hanya berfungsi dengan adanya 2 orang pembantu" - Menurut penerangan pada item tersebut.

PAPARAN LAMAN WEB BOMOH GADGET

Walaubagaimanapun, Menurut Easystore.my yang bertanggungjawab mencipta Laman Web ini, mengatakan bahawa ia dibuka hanyalah sebagai Laman Demo sahaja dan barang-barang yang ada di laman itu tidak dijual secara atas talian atau fizikal. -Tengok TV Online

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab