Thursday 12 February 2015

44 Kata-kata Mencuit Hati Datuk Hasbullah Awang

Posted By: TTO Admin - 12.2.15

Allahyarham Datuk Hasbullah Awang bakal dikenang sebagai seorang lagenda pengulas sukan tanah air kita. Kepetahan beliau bermain kata-kata mewarnai perlawanan sesuatu acara sukan. Berikut adalah kata-kata beliau yang mencuit hati para penonton:
  1. Unsangkarable (unbelieveable)
  2. Dia sepatutnye melepas kan peluru perpandu disitu...
  3. Itu dia..azman adnan melepaskan tembakan yang hampir2 menerjah gawang gol lawan..
  4. Cantik... bola jatuh didpn pemain no 9..dan melepaskn sepakkn..ooooouuu hanya sepakn angin yg berjaya d lakukn
  5. Oh! Nampaknya dia mahu menghantar bola ke kota Marudu,kampungnya di Sabah!
  6. menghantar bola kesebelah kiri, dapat kepada Khyril nampaknya...ohh Kunalan sebenarnya
  7. Ohhh nampaknya goll..oh maafkan saya gol kick saja..
  8. Tendangan bak peluru yg dilepaskan oleh oii hoe guan mengenai palang.. Wooooo hampir saja memecah kebuntuan, sayang sekali..
  9. Beliau akan melakukan sepakan in swinger
  10. cuba membelah pertahanan lawan..
  11. ohh Badrol Muhayat merembat kencangg..goll!!
  12. Ooo....seinci lg dr tiang gol
  13. bersilat matyo disitu...
  14. anak kelahiran tg karang ini berjaya mencipta jaringan..
  15. kategori plywood (flyweight)
  16. khalid yunus (khalid jamlus)
  17. Sanusi Junid (Sanusi Daud)
  18. Chipita memassing kepada Chipita..ohh maafkan saya, 2-2 hitam..keliru saya di situ
  19. apa yg kita mahu cuma satu, M.E.N.A.N.G..
  20. Pemain sayap yang makanan kegemarannya adalah nasi ayam, Bapanya seorang guru silat di Kedah
  21. perlawanan malam ini adalah sangat-sangat PENTING!!! kerana pemenang perlawanan ini akan melangkah ke perlawanan AKHIR
  22. oooaahhh.... tak sempat brek disitu..
  23. seperti jelapang padi yang luas terbentang di hadapannya, namun sepakannya tinggi melepasi pintu gol
  24. Oh Tidak..
  25. Ahh!!!...apa sudah jadi...
  26. Ooh..menggulung jaring itu..
  27. ohh.. bagaimana disitu... cantikkk...
  28. simon santoso skrg ini dalam kedudukan yg tidak sentosa....
  29. Satu mata memisahkan malaysia dari piala thomas..
  30. Bola tangkis bermain main di atas jaring..
  31. Keluar! Tapi dalam. Dalam! Di atas garisan bulu tangkis jatuh
  32. Dengan doa seluroh rakyat Malaysia, doa isteri-isteri Razif dan Jalani yang sedang mendodoikan anak-anak mereka, sejarah akan tercipta di final Piala Thomas ini
  33. Perlu meluncur laju untuk mengajak bermain dalam rubber game, pemain berpakaian merah
  34. Kali ni cantekkkk!! Oooooo dia berada di kedudukan untuk mencapai kejayaan
  35. Hah hah.. satu ketika yang sedikit melucukan apabila bola terkena kepala Wang Xin.
  36. Naib juara akan menerima 7,600 ringgit. Ahh bukan Ringgit, US dollar! US dollar!!
  37. Oh cantekk! Ouuu... satu smash secara kilas dari Boonsak untuk mengembalikan jarak dua mata kepada Boonsak
  38. Kita perhatikan dalam gerak perlahan di manakah bola itu jatuh? Dalam! Di atas garisan, sebelum memantun keluar
  39. Lagi satu! Tindakan Chong Wei yang berhasil, di tempat yang sama.
  40. Satu pukulan cross court! Tidak menjunam, tapi terapung. Akhirnya jatuh di gelanggang lawan.
  41. Di sini! Tapi dia bangun semula. Dan Boonsak ke jaring perginya
  42. 5-0. Situasi tidak melawan ditunjukkan Boonsak di peringkat awal di game kedua ini.
  43. Apa terjadi Boonsak? Kendur permainannya!
  44. Kehilangan selera Boonsak nampaknya untuk melawan.
Semoga Allahyarham Datuk Hasbullah Awang ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab