Friday 13 February 2015

Punca Sebenar Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia

Posted By: TTO Admin - 13.2.15


Pemergian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat meninggalkan dunia ini mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Pemergiannya ditangisi kawan dan lawan. Baca kronologi perjalanan terakhir seorang ilmuan Islam dan ahli Politik disegani ramai:
  • Tuan Guru Nik Aziz disahkan meninggal dunia susulan menghidap Kanser Prostat sejak 1 Januari 2015 dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). 
  • Pihak HUSM membenarkan Tuan Guru Nik Aziz dibawa pulang ke rumah pada pukul 8.40 malam 12 Februari 2015 susulan berada dalam keadaan kritikal. 
  • Menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.40 malam 12 Februari 2015 di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan. 
  • Meninggalkan seorang balu isteri iaitu Tuan Sabariah binti Tuan Ishak dan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan. 
  • Solat jenazah akan diadakan pada jam 10 pagi Jumaat 13 Februari 2015 di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka sebelum dikebumikan.
Semoga Allahyarham Tok Guru Nik Aziz ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab