Tuesday 14 April 2015

Cerita sebenar Lelaki India tunggang Motosikal EX5 tanpa seurat benang (2 Video)

Posted By: TTO Admin - 14.4.15

Kecoh hari ini apabila klip video lelaki India menunggang dalam keadaan tanpa seurat benang tersebar di laman media sosial. Bagaimanapun, Netizen mempersoalkan sikap dua orang individu yang berjaya menahan lelaki India itu.

"Tak paham kenapa perlu gunakan kekerasan, sedangkan orang itu tidak mengancam orang lain. Dia mabuk ke, gila ke kita pun tidak tahu. Tapi datang pula dua orang melayu yang paling kuat macam Captain America dan Thor konon nak tunjuk gangster. Ramai yang tidak berpuas hati tetang sikap dua superhero melayu itu.".


Namun, setelah video itu viral di media sosial, seorang individu yang mengaku berada di tempat kejadian mendedahkan bahawa  mereka tidak berniat untuk membelasah lelaki India itu, sebaliknya hanya mahu mengertak sahaja.

"Kami pukul helmet dia, untuk gertak dia saja".

Tambahnya lagi, sebelum ini mereka telah menerima aduan dari jiran yang mendakwa ternampak lelaki itu berlegar-legar di kawasan perumahan mereka sekitar jam 11 malam dan sekali lagi ternampak kelibatnya pada jam 3 pagi.

Bimbang dengan kehadiran lelaki itu, mereka bersama-sama ahli jawatankuasa keselamatan penduduk di kawasan perumahan itu bertindak mengejar lelaki tersebut seperti dalam rakaman video kedua dibawah.

PART 2....Lelaki yg berbogel td dipercayai dl keadaan khayal skrn dadah. Beg yg dibawanya berisi ice.
Posted by Kezoom on Monday, April 13, 2015


Difahamkan setelah ditahan, hasil pemeriksaan pada beg lelaki itu menemukan plastik kecil mengandungi dadah jenis 'Ice'.

Lelaki itu juga dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan bogeI kerana terlalu khayal dengan dadah yang diambilnya.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab