Sunday 12 April 2015

Pengakuan Emma Maembong, Zizan Razak bakal berkahwin Jun

Posted By: TTO Admin - 12.4.15

Pelawak terkenal, Zizan Razak,31 melalui BH Plus mengakui bahawa dia akan menikah dengan gadis piihan hatinya berusia 24 tahun, juga berasal dari Kuala Terengganu.

Ramai yang cuba menimbulkan spekulasi bahawa wanita pilihannya itu tidak lain dan tidak bukan adalah Emma Maembong. Walaubagaimanapun, tekaan itu jauh meleset apabila hari ini, Emma menafikan dia merupakan bakal isteri Zizan Razak.

Melalui pengakuannya di Utusan Malaysia, Emma mengatakan dia tidak berhasrat untuk kembali semula sebagai kekasih Zizan meskipun sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu.

“Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan. Saya dengar juga dia akan berkahwin Jun ini dan sudah tentu saya gembira untuk dia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

“Soal jodoh saya fikir bukan kita yang menentukannya. Sama seperti orang lain, saya juga mahu sampaikan ucapan tahniah buat dia dan bakal isteri,” kata Emma.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab